Powered By Blogger

Friday, January 21, 2011

Sofea part 7 (LAST EPISOD)

Terlalu banyak memori indah antara aku dan Sofea yang terukir kukuh dalam mindaku.Tak sanggup rasanya untuk aku menghapuskan memori itu dari igatanku kerana memori itulah yang memberikan aku semangat untuk hidup.Untuk aku teruskan perjalananku di atas dunia ini.Untuk aku terus bernafas buat seketika sementara nyawa pinjamanku ini masih dalam jasad.Terasa sudah lama aku duduk di taman.Sudah banyak lipatan memori ku singkap satu-persatu.Walaupun setiap hari aku akan mengenang perkara yang sama,aku tidak pernah jemu.Mengenang bayangan Sofea membuatkan aku tenang.Dia isteriku.Jadi memang layaklah jika aku mengenangkannya walaupun dia sudah tiada.Terlalu singkat masa yang ku lalui bersamanya.Aku masih belum puas untuk bersamanya.Masa terlalu cemburu denganku.Aku mahukan Sofea disisiku.Aku mahu dia bersamaku menanti si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi.Tetapi itu hanya mimpi yang hanya tinggalkan kenangan.

"Sofeaaa!!!"

"Fazli,kenapa ni? Kenapa awak menjerit?" dia datang.Memang dia yang selalu datang apabila aku memanggilnya.Aku bukan mahukan dia.Dia bukan Sofea.Dia orang lain.

"Pergi!! Aku bukan panggil kau.Aku nakkan isteri aku.Aku panggil isteri aku.Isteri aku nama Sofea.Bukan kau.Mana isteri aku!! Sofea..Mana Sofea.Fazli nak jumpa Sofea".

"Tolong saya bawa dia ke biliknya,Dia perlukan rehat.Panggilkan doktor Anis.Dia tahu macammana nak handle pesakit ni".Aku tersenyum apabila nama doktor Anis di sebut.Dialah isteriku.Dia lah yang akan datang apabila aku yang memanggilnya.Dialah yang selalu memberikan aku kebahagiaan dan kegembiraan di sini.Tapi dia hanya akan datang menemui ku untuk menyuntikku dengan entah ubat apa hingga aku mengantuk.Mungkin dia sengaja berbuat begitu.Aku jenis yang susah tidur.Tambah lagi selepas Sofea meninggalkan aku.Doktor Anis sayangkan aku.Dia mahukan aku berehat secukupnya.Jadi,dia akan tidurkan aku.Dalam tidurku,aku akan bertemu dengan Sofea.Sofea akan berbicara denganku.Kami akan bergurau bersama.Tiap kali bertemu,pasti ada saja lawak baru yang Sofea akan ceritakan kepadaku.Dan pastinya aku tertawa riang.Sebelum Sofea pergi,dia akan mengucup dahiku dan berjanji akan bertemuku kembali apabila aku memanggilnya.Katanya dia kini jauh dariku.Dia tidak boleh selalu menemuiku.Sebab itu aku sering memanggilnya.Aku tahu dia jauh.Jadi aku akan menjerit sekuat hati untuk memanggilnya.

"Sofea..kenapa sofea tinggalkan Fazli.Fazli rindukan Sofea."Aku menuju ke bilikku.Aku sembamkan mukaku ke bantal dan aku tertidur dalam sedu sedanku.Dan dalam mimpiku.....

-----------------------------------------------------------------

Aku berjalan menuju ke pejabatku.Aku lihat ramai sekali orang awam di sekeliling jalan mengerumuni sesuatu.Aku juga tertarik untuk ke sana.Aku berjalan perlahan sekali.Aneh juga kerana kakiku seperti lemah.Dalam 10 langkah aku berjalan,pasti akan terjatuh.Jalanya rata tetapi aku tetap jatuh.Aku lihat semakin ramai yang mengerumuni kawasan itu,Dari kejauhan aku lihat orang awam menjerit.Ada yang wajahnya ketakutan dan ada juga yang seperti sedih.Langkahku semakin dekat dengan mereka.Perjalanan ku kesana terasa semakin lama.Aku diserkap keanehan yang menebal.Mulut orang sekeliling terbuka dan seorang menjerit tapi suasana sepi lagi sunyi.Tiada satu suara pun yang lahir dari mulut mereka.Aku berasak-asak ke hadapan untuk melihat apa yang mereka saksikan.Dan alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat sebuah kereta Honda Jazz berwarna putih terbalik dan melanggar sebuah lori kontena.Aku lihat seorang perempuan yang sarat menggandung tersepit di dalam kereta tersebut.Darah terpercik di mana-mana.Ngeri aku jadinya.Aku merapati kenderaan tersebut.

"SOFEAAAAAAA!!!!!"

"Sabar Fazli..Kak Sofea dah tak ada.Saksi yang melihat kejadian tadi cakap kereta Kak Sofea cuba mengelak kontena tu.Pemandu kontena tu mabuk dan memandu menuju ke arah kereta Kak Sofea" kata kawan sekerja ku.

"Fazli sayang Sofea.Kenapa Sofea tinggalkan Fazli" aku meratap tagis apabila melihat jenazah Sofea terbujur kaku di hadapanku.

"Fazli,tak baik meratap depan jenazah macam ni.Kita semua sayangkan Kak Sofea.Tapi ingat,Allah lebih sayangkan dia.Sebab tu Allah ambil Kak Sofea dari kita supaya sedar betapa berkuasanya Allah.Bila kita kehilangan seseorang itu,barulah kita sedar bahawa kita sayangkannya".

Mak mengunjukkan sebuah kotak berbalut dan sepucuk surat padaku.Aku ambil dan dakap kotak itu.Kata mak,itu pemberian Sofea.Sofea berpesan,jika dia pergi,tolong jagakan aku.Sudah seminggu pemergian Sofea,aku masih tidak dapat menerima kenyataan.Pemberian Sofea juga masih belum ku buka.Setiap malam,aku akan menagis seorang diri.Aku akan menanti kepulangan Sofea di hadapan pintu.Kadangkala aku tertidur di situ.

Sebulan selepas kematian Sofea,barulah aku buka kotak pemberian Sofea.Sepasang baju yang mempunyai darah dan juga dalam kotak itu,Sofea selitkan sepucuk surat dan gambar perkahwinan kami.

Suamiku Mohd Fazli Ahmed,
Sejak pertama kali sofea melihat abang,sofea telah jatuh hati.Sofea tahu abang seorang yang nakal dan keras kepala.Tapi sofea tahu jauh di sudut hati abang,abang adalah seorang yang baik.Setiap kali sofea menatap wajah abang,semakin bertambah rindu dan cinta kepada abang.Namun,Sofea masih tidak berani untuk menyatakan perasaan tersebut pada abang kerana sofea tahu sofea bukan perempuan yang baik dan layak untuk abang.

Sejak dari mula lagi,sofea dapat lihat kelainan dan keistimewaan abang berbandingkan dengan lelaki lain.Perwatakan abang yang nakal dan degil menyebabkan sofea ingin mendekati abang.Kerana sofea tahu sofea boleh jadikan abang yang terbaik dan boleh berubah.Wajah abang yang menawan membuatkan sofea di lambung rindu yang berpanjangan,jika tidak dapat melihat wajah abang walaupun sehari.Hari-hari sofea terasa sunyi jika tidak dapat melihat sofea.Waktu sofea di universiti dulu,Sofea hampir hilang kekuatan untuk belajar kerana terlalu rindukan abang tapi sofea cuba kuatkan hati untuk belajar.Sofea masih ingat janji kita tentang mengejar cita-cita barulah kita bercinta.

Syukur setelah sofea berterus-terang pada mak dan abang sanggup terima sofea sebagai isteri yang sah,sofea rasa sofealah perempuan yang paling bahagia di dunia ini kerana di beri kesempatan oleh Allah menyayangi dan memiliku abang walaupun sekejap.Kalau sofea hendak tunggu keputusan abang la,sampai bila kita tidak akan berkahwin.Biar la sofea bertindak dahulu kerana sofea tahu,hanya sofea sahaja untuk hati abang.

Sayang Cahaya Hatiku,
Maafkan segala kesilapan sofea selama ini.Sofea tahu sofea banyak melakukan kesilapan.Sofea bukanlah isteri yang sempurna untuk abang.Sofea masih tidak layak untuk menjadi kekasih yang sempurna buat abang.Tapi ketahuilah wahai cahaya hatiku,abanglah lelaki pertama dan terakhir yang pernah sofea sayangi dan cintai dalam hidup ini.Sofea bahagia sangat dapat hidup dengan abang.

Jika abang perlukan teman pendamping,Abang carilah perempuan yang bernama Anis.Dia juga dahagakan kasih sayang dari seorang kaum adam.Sofea yakin dia perempuan yang baik untuk abang.Semoga abang dapat meneruskan hidup dengan baik selepas pemergian sofea.Sofea sayangkan abang dari awal sehingga ke akhir hidup sofea.Doakan kesejahteraan Sofea.Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang kedua.Selamat hari lahir yang ke-25.Semoga dimurah rezeki dan dipanjangkan umur supaya dapat beribadat kepada allah.Dan sofea tidak lupa,baju yang di dalam kotak itu adalah di mana pertemuan kita dan abang telah menjadi wira untuk selamatkan sofea,disitulah bermulanya hubungan kita abang.

Air mataku merembes keluar setiap kali membaca pesanan terakhir dari isteriku.Ku usap dadaku.Sofea mengalami kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya dan anak kami yang bakal lahir tidak lama lagi.Dia yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya dan telah dilanggar oleh sebuah lori kontena yang melanggar kereta sofea dari arah bertentangan dipercayai dipandu oleh pemamndu yang mabuk.Masih ku ingat semasa kereta sofea dibersihkan,ada sebuah kotak yang berisi kek yang telah kemek.Hari kematian sofea bersamaan dengan hari lahirku juga ulangtahun perkahwinan kami yang kedua.Terasa duniaku gelap seketika apabila mengenangkan nasibku.

Semenjak kematian sofea,hidupku terasa kosong.Makan pakai tidakku endahkan.Setiap hari aku akan pergi ke kubur sofea untuk membacakan surah yassin.Kadangkala aku akan bercakap seorang diri di pusara sofea.Pakaianku tidak terurus.Mak risau melihat keadaanku yang semakin teruk.Aku menagis dan tertawa seorang diri.Malah kadang-kala aku mejerit nama sofea serta suaranya yang memanggil-manggilku.

Suatu hari,aku meminta mak supaya membawaku ke Rumah Idaman Hati.Aku ingin mencari perempuan yang bernama Anis yang Sofea nyatakan dalam suratnya.Aku ingin mengenali Anis dan mengetahui apa yang Sofea pernah katakan.Mak agak sangsi dengan permintaan ku namun mak tetap bersetuju denganku.

Tenyata Rumah Idaman Hati memang menyeronokkan.Di situ,aku dapati pelbagai jenis manusia.Yang tertawa,bercakap dan menangis seorang diri.Yang duduk berjauhan pun ada.Aku sudah jatuh hati dengan Rumah Idaman Hati.Aku minta mak agar aku dapat tinggal di situ.Alasanku agar aku dapat mengenali Anis dengan lebih dekat.Sebenarnya Anis ialah rakan sekerja Sofea yang juga seorang doktor di situ.Apabila aku melihat doktor anis,ku temui sebuah ketenagan sama seperti aku melihat Sofea.Sebab itu aku menganggap doktor Anis sebagai Isteriku.Setiap hari aku akan cuba mendekati doktor Anis.Namun,bukan mudah untuk aku berbuat demikian.Kerana doktor Anis sering sibuk dengan kerjanya.Doktor Anis hanya akan bertemuku apabila aku menjerit-jerit memanggil Sofea.

Setiap hujung minggu,mak akan datang melawatku dan setiap kali itu juga mak akan mengajakku pulang ke rumah.Aku tidak mahu pulang.Jika aku pulang,aku tidak akan dapat melihat doktor Anis.Keadaan dirumah akan membuatkan aku terkenangkan Sofea.Jika aku di Rumah Idaman Hati ini,ada doktor Anis yang akan "membawaku" bertemu dengan Sofea bila aku merindukannya.

Ya Allah,andai masaku telah tiba,ambilah nyawaku dalam iman yang sempurna.Jauhkanlah aku dari kehinaan tatkala menghadapi kematianku.Jauhkanlah aku dari azabMu Ya Arhamarrahimin.Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta dan memohon pertolongan."

Ku panjatkan doaku sedalam-dalamnya.Hatiku terasa sayu sekali.Aku terasa seperti masaku di dunia ini semakin hampir ke penghujungnya.Terasa seperti bayangan Sofea memanggil-manggilku untuk bersamanya.Aku terasa seperti hidupku tawa dan semangatnya semakin sinar.Aku berjalan di taman sambil memegang baju berdarah kepunyaan sofea.Aku ingin mengambil angin pagi yang segar buat kali terakhirnya di sini.Doktor Anis mendekatiku.Memberi salam dan bertanya khabarku.

"Doktor,boleh tahu tak kenapa Sofea suruh saya kenal dengan doktor?" sudah lama soalan itu bergayut di fikiranku namun baru kali ini aku berkesempatan untuk bertanyakannya.Doktor Anis hanya tersenyum.Mirip sekali seperti Sofea.Ahhh..rindunya aku kepada sofea."Sebenarnya saya sudah kahwin"aku mengerutkan dahi.Rasa cemburu dan marah terasa membakar.Kenapa aku marah.Sabar Fazli.

"Tapi suami saya dah meninggal.Dia kemalangan semasa ingin membelikan saya hadiah sempena ulangtahun perkahwinan kami.Mulanya saya tidak dapat menerima pemergiannya,saya hampir gila.Saya pernah cuba untuk membunuh diri.Saya rasa hidup saya tidak bermakna lagi tanpa suami saya.Saya juga pernah dirawat di sini beberapa bulan kerana keadaan saya yang teruk.Saya marahkan orang sekeliling saya.Saya suka menyalahkan takdir dan menyalahkan diri saya.Kalau Fazli perasan tangan saya banyak parut.Saya sakitkan diri saya sendiri.Saya pernah potong nadi saya sampai saya pengsan.Saya pernah memakan ubat sampai tidak sedarkan diri.Tapi Allah sayangkan saya.Dia memeberi kesempatan saya untuk hidup.Kalau saya mati masa saya bunuh diri tu,tak tahulah.Tak mampu rasanya saya nak jawab persoalan di dalam kubur nanti.Setelah beberapa lama,barulah saya boleh terima hakikat.Sebenarnya Allah lebih sayangkan suami saya".

Astaghfirullah.Aku terdiam.Rupanya doktor Anis juga sama seperti aku.Kehilangan insan yang tersayang.Cerita doktor Anis menyelinap ke dalam hatiku.Sesungguhnya,baru sedikit dugaan yang aku tempuhi dalam hidup ini.Aku bangun dari tempat dudukku.Kepalaku terasa sakit yang amat sangat.Seperti mahu pecah kepalaku apabila kesakitan itu datang.Menjalar sehingga seluruh urat sarafku.Badanku lemah dan aku terjatuh di hadapan Doktor Anis.Darah yang mengalir di hidungku membasahi baju pemberian sofea.Aku digendongkan oleh pekerja di situ.Aku dibawa ke hospital.Ku lihat wajah mak,ayah,doktor Anis dan para petugas hospital.Wajah Sofea juga ku lihat ada.Sofea tersenyum kepadaku sama seperti bermulanya kenangan aku bersamanya dulu.

"Emak,ayah ,ampunkan segala dosa Fazli.Doktor Anis tolong jaga mak ayah saya baik-baik.Pesanku sebelum aku di bawa ke ICU.

Kini,aku bertarung dengan kesakitan.Dalam kesakitan yang ku tanggung,aku lihat Sofea berada di sisiku memberikan semangat agar aku cekal.Aku cuba senyum padanya dan ku hembuskan nafasku kuat-kuat.Pandanganku semakin gelap.Suara di sekelilingku semakin perlahan dan menjauh.Aku semakin lemah.Sakit yang datang kali ini tak mampu aku ungkap.Amat sangat sakitnya.Ya Allah...Asyhaduallailahaillallah...nafas terakhirku hirup.Dan aku telah pergi...aku menghadapi barah otak yang kritikal...Akhirnya dapat jua aku bertemu Sofea di pintu syurga......


(ASSALAMUALAIKUM BUAT PARA PEMBACA YANG SUDI MELUANGKAN WAKTU DAN SABAR MENUNGGU SETIAP EPISOD SOFEA INI.SAYA BEHARAP ANDA TERHIBUR DAN MEMAHAMI APA YANG HENDAK SAYA CUBA SAMPAIKAN.INI PERCUBAAN SAYA YANG KALI PERTAMA.MAAFKAN SAYA ANDAI ADA TERSILAP BAHASA DALAM KISAH INI.SETIAP KOMEN ANDA BERIKAN AKAN SAYA GUNAKAN UNTUK MEMPERBAIKI MUTU PENULISAN SAYA PADA MASA AKAN DATANG.TERIMA KASIH)

No comments:

Post a Comment