"fazli tanya kenapa ayah bagi nama Sofea la".Sengaja aku tegaskan kata-kataku.Aku tidak mahu lemas dalam mainan kata-katanya yang manis dan senyumannya yang menggoda.'Yela.Maksud Sofea adalah kekasih yang sempurna.Nama Sofea ni ayah pilih supaya Sofea menjadi insan yang punya hati dan perasaan yang baik kepada semua orang.Supaya Sofea menjadi kekasih yang sempurna bukan hanya kepada lelaki yang Sofea cintai tetapi juga kepada Allah yang mencipta Sofea.Juga kepada keluarga yang sentiasa menyayangi Sofea.Semoga Sofea akan bertemu dengan cinta hati yang boleh menjadi pendamping sepanjang hidup Sofea yang dah tak lama ni"."Pandainya dia bercakap.Macam nak bersyarah" Aku terpaku mendengar kata-katanya yang matang.Memang layak untuk menjadi seorang kekasih yang sempurna."Fazli,Sofea hendak pergi ke bilik guru sekarang,Fazli hendak pergi ke mana lepas ni?"."Fazli mungkin balik ke kelas lepas ni,terima kasih kerana belanja fazli makan hari ini"."Sama-sama fazli,lagi pun tidak seberapa la sangat makanan ni kalau hendak di bandingkan dengan pertolongan fazli".Aku hanya tersenyum ke arah Sofea dengan kata-katanya.
"Fazli,jangan lupa soalan Sofea tadi tau" lalu dia terus pergi.Aku di tinggalkan dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan.Sofea memang suka membiarkan aku dalam keadaan tanda tanya.Setelah beberapa lama kami berkawan,barulah aku memanggilnya (buah hati).Aku tidak biasa dengan panggilan itu.Aku tidak mempunyai kekasih sebelum ini.Jadi panggilan itu memang jarang sekali aku gunakan.Selama perkenalan aku dengan Sofea,aku dapat rasakan sebuah kebahagiaan yang indah sekali.Namun tidak pernah sekali pun aku nyatakan padanya tentang perasaanku.Aku sekadar baik dengannya dan berbicara hanya tentang perkara-perkara biasa sahaja.Aku tidak pernah rasa dihargai.Setiap hari,dia akan memberikan aku cokelat kit kat.Dia akan datang awal dan meletakkan kit kat di bawah meja aku.Aku ceritakan perihal kit kat itu kepada Sofea dan ternyata dia hanya ketawa kepada aku.Dia katakan bahawa kit kat itu datangnya dari seorang puteri yang inginkan aku.Setelah dia merapu barulah dia menceritakan bahawa dia yang meletakkan kit kat tersebut di dalam meja aku.Sofea memang suka mempermainkan aku.Apabila aku serius,dia akan bergurau lantas membuatkan aku tertawa.Tapi,apabila dia serius membincangkan sesuatu hal,aku sendiri tidak berani berkata apa-apa.Memang layaklah Sofea di lantik sebagai pengawas.Pernah aku membandingkan diriku dengan dia bahawa sikap dia tegas dan berdisiplin tetapi aku suka membuat perangai di dalam sekolah.Aku tidak layak untuk berdamping dengannya,Sofea sekadar senyum.Lantas dia tegaskan padaku semua perkara itu tidak penting.Katanya dia sanggup letakkan jawatannya sebagai pengawas jika dengan cara itu aku akan sudi berkawan dengannya.Aku cabar dia.Namun dia sebenarnya tidak berani melakukan semua itu.Katanya dia hanya akan lakukannya andai aku sanggup mengaku di hadapan perhimpunan bahawa akulah kekasihnya.GILA!!.Takkan aku lakukan perkara sebodoh itu.
Tiap kali aku teringat kejadian itu,pasti bibirku menguntum senyum.Sofea.Aku terlalu rindukanmu.
Pernah aku fikirkan semua perasaan ini hanya sementara.Semuanya hanya dorongan nafsu remaja.Sekadar mainan hati yang hanya ingin mencuba.Seperti yang aku sering dengar.Semasa usia remaja,semuanya nampak indah.Darah muda yang inginkan kelainan.Mohon aku di jauhkan dar anasir-anasir sedemikian rupa.Juga aku memohon agar perasaanku kepada Sofea adalah benar dan bukan hanya mainan!!.
!AKAN BERSAMBUNG!
No comments:
Post a Comment