Powered By Blogger

Monday, January 17, 2011

Sofea part 1

Awan yang berarak dilangit membawa kelabu mendung semakin jauh.Udara yang segar membuatkan aku berasa tenang ditaman.Biarlah aku tenang dulu menikmati keadaan ini kerana aku tahu keadaan sebegini tidak lama.Sebentar lagi mungkin masalah di fikiran ku akan melanda kembali meyemakkan fikiran aku.

Sudah 3 bulan aku tinggal di sini.Tetapi dalam tempoh tersebut,banyak dugaan yang telah melanda dalam diri aku.Aku sering di pinggirkan oleh rakan sekeliling aku.Mungkin kerana sikap ku yang pendiam dan tidak bergaul mesra dengan rakan-rakan.
"Fazli jom pergi makan,sudah pukul berapa nie,lagi pun nk magrib nie.dala jangan ikutkan sangat perasaan kamu tu" tegur Lee kawan karib aku.Aku hanya berpaling wajah melihat dia sambil tersenyum."Tak pela lee,kau pergi dulu ye,aku akan ikut belakang kau.Lagi pun aku xberapa selera hendak menjamah makanan" sahut aku."Yela Fazli,ikut kau la.Ingat cakap aku,jangan ikutkan perasaan tu k?","yang lepas tu lupakan jela fazli" sambung Lee lagi."Yela lee,aku tahu".Sejak peristiwa itu aku sering termenung dan lemah.Lee seperti berat hendak meninggalkan aku sebab diri aku tidak terurus.Lee yang selalu memberi aku semangat untuk teruskan kehidupan ini.Itu lah kasih sejati antara sahabat terjalin.

---------------------------------------------------------------------------

Aku mengenali Sofea sejak di bangku sekolah lagi.Sejak dari tingkatan 4 lagi aku mengenali dia.Hubungan kami terjalin apabila aku melawan cakap dia,kerana masa itu dia menjadi pengawas sekolah kami.Aku melawan cakap dia kerana aku di tangkap menghisap rokok di dalam tandas.Dia memarahi aku dan ingin membawa aku ke bilik disiplin untuk berjumpa dengan Cikgu Zainal.Aku mengugut dia jikalau dia membuat laporan kepada Cikgu Zainal aku tidak akan teragak-agak untuk memalukan dia di hadapan orang ramai.Sofea tidak menghiraukan ugutan aku dan sikitkan dia tidak gentar dengan ugutan aku kata Sofea.Sofea memang tegas di dalam tugasannya,memang dia telah di didik oleh ayahnya sejak kecil lagi supaya berdisiplin kerana ayahnya seorang askar berpangkat Sarjan.Aku terkedu dengan sikap dia yang tegas dan membuatkan aku terdiam.Dia mengheret aku terus berjumpa dengan Cikgu Zainal tanpa berkata apa-apa.Aku hanya mengikut kehendak dia kerana aku hormat tugasan dia.Sampai saja di pintu bilik Cikgu Zainal aku tertunduk.

Cikgu Zainal : Haaa..kamu lagi fazli,apa lagi kes dia buat nie Sofea?!
Sofea : Fazli menghisap rokok di dalam tandas tadi cikgu.
Cikgu Zainal : La..kamu nie tak serik-serik lagi ke Fazli?! Sudah berapa kali cikgu bagi amaran pada kamu Fazli?! Bila kamu nak insaf la Fazli? Cikgu pun sudah bosan lihat kamu selalu kerap masuk dalam bilik disiplin.
Fazli : Errmmm..entah la cikgu..saya kan jahat..suka buat hal di sekolah..tak pela cikgu..lepas nie saya pindah sekolah lain..xde cikgu dan rakan-rakan lain jemu tengok muka saya da..kan?!
Cikgu Zainal : Fazli2..berubah la kamu..kamu pandai dalam akedemik..tahun depan sudah hendak spm..pmr pn kamu dpt 8A..cuma sikap kamu perlu di ubah..
Fazli : Arrrggghhh..dari dulu benda yang sama je cikgu cakap pada saya..sudah jemu saya dengar!!!
Sofea : "Weiiiihhh!! Kurang ajar punya jantan!!! xtahu hormat orang tua!!! Jaga sikit mulut kamu tu!! " marah Sofea pada aku.
Fazli : "Arggggghhh!! suka hati aku la Sofea!!! xpyh sibuk hal aku!! " Lantas aku meninggalkn bilik disiplin.
Sofea : weiii! kamu nak pergi mana tu ha?!!
Cikgu Zainal : Biarkan la dia pergi Sofea,biarkan..

Aku terus bergegas berlari ke kelas aku dengan perasaan yang membuak2 marah kepada Sofea."Macam la ko yang terbaik sofea,xpe2.Ko tunggu 1 hari nanti k aku akan balas dendam" bisik hati ku.Sampai sahaja di pintu kelas aku,aku menendang pintu kelas aku.Semua pelajar di dalam kelas 4A terkejut mendengar bunyi yang kuat.Semua pelajar memaling memandang wajah aku.Aku menjerit dengan sekuat hati "weiiii! yang korang tengok aku pehal?!! nak mampos ke?!" jeritan aku kepada budak-budak kelas ku.Semua pelajar hanya terdiam dan tunduk tidak cakap sepatah perkataan.

Keesokkan harinya adalah hari sabtu,cuti sekolah dan cuti yang di tunggu-tunggu semua budak-budak sekolah.Pagi itu aku merancang untuk ke Ipoh Perade untuk menonton wayang bersama rakan-rakan aku.Rancangan aku berjaya untuk keluar setelah memujuk rakan-rakan aku menonton wayang.Tengah hari itu aku memulakan langkah ku dengan menaiki motor baru pemberian ayah aku yang telah menghadihkan kepada aku iaitu motor LC.Dalam beberapa minit aku sampai ke rumah rakan-rakan ku yg telah siap sedia menunggu aku."Wei brader..pehal lu lambat" kata Amir."Sorie la..aku bodek duit dengan ayah aku tadi,jangan risau aku support lu orang semua ok?! " sambung aku.Semua rakan ku gembira mendengar offer aku dan semua bergegas menaiki motor masing-masing untuk sampai destinasi kami.Pukul 12.40 tengah hari kami tiba di Ipoh Perade.Kami parking port biasa di belakang banggunan Ipoh Perade.T'tiba aku dan rakan aku terdengar jeritan wanita meminta pertolongan lalu kami bergegas ke arah jeritan itu.Alangkah terkejutnya aku melihat Sofea dan Ayu di kepung oleh 3 orang lelaki yang berbadan sasa.Sofea melihat aku terpaku di hadapan dia.Lantas Sofea menjerit kepada aku "Fazli tolong kami!! diorang nak mencabul kami!! tolong!!"."HAHAHAHAHA,padan muka ko sofea br ko rasa mcmner yea..mana ketegasan ko yg sllu ko banggakn tu?! tunjukkn la!!" bisikan hati aku.Rakan aku bertanya "apa kita nak buat nie fazli?!"."Biarkan dia!!" kata aku.

Tiba-tiba lelaki berbadan sasa tersebut memeluk Sofea dan Ayu.Mereka mengheret Sofea dan Ayu ke parking lama tempat yang sunyi sepi dan menghalang pandangan mata masyarakat.Aku terkejut dengan 3 tindakkan lelaki itu.Lantas aku berlari menuju ke motor aku dan mengambil pisau rainbow di bawah seat motor aku.Aku berlari semula ke tempat kejadian bersama 6 rakan aku.Sampai di situ aku melihat baju sofea telah dikoyakkan.Aku menjerit ke arah 3 lelaki itu,"HOOIII bangsat!! pe menda ko buat tu hah?!".Salah sorang lelaki itu datang ke hadapan dan berkata "Lu orang xpayah la nk jadi hero kat sini,korang tu budak kecik,lu orang boleh blah sblm lu orang MAMPUS!!!".Aku sedikit gentar dengan ugutan lelaki itu tetapi aku beranikan diri menyerang lelaki tersebut bersama rakan-rakan ku.Aku menghayun pisau ke arah tangan pemuda yang memeluk Sofea lalu terkena tangan beliau.Darah yang banyak mula memancut-mancut ke arah tubuh Sofea.Sofea menjerit ketakutan melihat darah-darah tersebut.Lelaki yang berdarah tangan itu menjerit kesakitan.2 orang lagi lelaki itu di belasah oleh teman-teman ku yang lain.Selepas 2 lelaki itu melihat kawan mereka mengalami pendarahan,mereka bergegas melarikan diri dari kami kerana orang ramai telah menyedari pergaduhan ini.

!AKAN BERSAMBUNG!

2 comments: