Sofea akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.Memang itulah minatnya dari aku kenali dia lagi.Dia awal-awal sudah maklumkan padaku tentang minatnya itu.Dan aku tidak pula pernah membantah.Dia punya hak untuk berbuat apa saja dan aku sentiasa menghormati haknya.Pertemuan akhirku dengan Sofea sebelum dia mendaftarkan diri di universiti masih kuingat.Sempat lagi dia berlawak denganku.Tapi aku percaya dia hanya sekadar bergurau.
"Sofea dah nak pergi.Sofea harap fazli belajar pandai-pandai dan berubah menjadi budak yang matang ye.Jangan jadi macam Sofea,Sofea ni tak pandai.Setakat belajar psikologi je.Last-last nnti kerja kat hospital mental.Yela,nak faham perangai manusia ni,kena cari yang ada masalah.Baru ada kepelbagaian.Kalau setakat kaji orang yang normal,tak seronoklah.Kaji orang gila baru best."
"Hahahaha.."kadangkala kata-kata Sofea merapu.Seperti orang yang tidak berfikir.Namun apabila difikir balik,memang ada benarnya pendapatnya.
"Fazli dengar tak apa yang Sofea cakap ni.Sofea nak kerja kat hospital sakit jiwa.Fazli bagi tak?"
"Tanya orang pulak.Sofea yang nak kerja kenapa tanya orang pulak.Ikut suka Sofea la.Orang tak halang dan takkan halang,"aku menjawab jujur.
"Sofea nak kenal dengan manusia-manusia yang ada masalah dalam hidup mereka.Sofea nak tahu apa sebab mereka masuk hospital sakit jiwa.Sofea nak tahu apa yang mereka selalu nampak sampai mereka selalu menjerit dan kadang-kadang menagis tak tentu hala.Sebab apa yang Sofea tahu,bukan semua orang gila ni tak pandai.Ada yang ada ijazah lagi.Orang pandai la senang cakap.Cuma mereka ni selalunya jadi gila sebab tekanan".
"Sofea ni cakap macam pernah je jadi gila.Kalau orang ni jadi gila,boleh la Sofea rawat.Boleh kan.."aku mengujinya.
"Fazli ni..sampai bila nak bahasakan diri 'ORANG'.Dah lama kita kenal.Dulu masa mula-mula kita jumpa,boleh la nak bahasakan diri 'orang'.Sekarang dah setahun lebih kita kawan,takkan tak kenal Sofea lagi kot.Cubalah bahasakan diri tu sayang ke.Sejuk hati Sofea ni".
"Hmmm...tak mau"
"Tengok tu.Degil.Macam mana nak cium bau syurga kalau derhaka cakap isteri" Sofea menekankan suaranya apabila menyebut perkataan isteri.
"Cik Nurul Sofea..sejak bila awak jadi isteri saya.Cuba terangkan sikit".
"Hehehehe.Silap..Maksud Sofea bakal isteri.Tengoklah dalam masa 5 tahun lagi.Fazli mesti kena taat pada Sofea tau".
"Perasannya mak cik sorang ni.Sapa nak ikut cakap dia.Belum kahwin dah nak paksa-paksa.Macam mana kalau dah kawin nanti.Mesti Sofea jadi 'Queen Control'.Tak nak la kahwin dengan Sofea" aku sengaja menjual mahal dengan keadaan aku yang malu.
"Sapa kata Sofea nak kahwin dengan Fazli.Hahahaha.Sofea cakap kat itik dalam tasik tu.Fazli yang perasan..Weeeekkk" Sofea menudingkan jarinya ke arah itik yang berenang di tasik hadapan kami.Aku tahu dia sengaja berkata begitu kerana ingin mengalihkan kata-katanya tadi.
"Ooooo..cakap dengan itik rupanya.Tak pea.Sofea pergilah kahwin dengan itik tu.Kalau Sofea tak kahwin dengan itik tu,siap Sofea.Orang tunggu je jemputan kahwin Sofea dengan itik tu 5 tahun lagi"
"Fazli ni..tak boleh nak melawak langsung.Ni last kita jumpa.Nanti Sofea nak pergi jauh tau.Dah tak boleh jumpa Fazli lagi".
"Ok..bye.."
"Sampai hati Fazli.Cakap la elok-elok".Sofea menarik muka masam.
"Yela..Selamat tinggal wahai puteri ku sayang.Belajar pandai-pandai.Kalau dah jumpa dengan itik yang sesuai,bolehlah kenalkan dengan Fazli".
"Apa Fazli cakap tadi.Sofea salah dengar ke Fazli cakap?".
"Fazli cakap belajar pandai-pandai.Dengar tak?" aku seakan menjerit.
"Macam tu la sayang Sofea"
Kata-kata akhir Sofea menusuk ke kalbuku.Alangkah indahnya kata-kata itu andai memang tulus dari hatinya.Buat masa ini aku masih tidak mampu untuk meneka adakah benar apa yang lahir dari bibir Sofea itu juga lahir dari dasar hatinya.
Sofea mendapat ijazahnya setelah bertahun-tahun berhempas-pulas menuntut ilmu.Aku juga sama.Kami semakin sibuk dalam mengejar cita-cita masing-masing.
"Mak cik,saya sebenarnya dah lama pendam perasaan ni.Dah lama saya sukakan anak mak cik.Saya tak tahu bila saya mula sayangkan dia,tapi yang jelas saya perlukan dia dalam hidup saya.Saya hendak Fazli menjadi pendamping dalam hidup saya.Saya nak jadikan Fazli sebagai suami saya,"Aku kenal suara itu.Petang itu aku sakit kepala.Jadi aku hanya berehat di dalam bilik sahaja."Mak cik tak tahu nak cakap apa Sofea.Sofea tak bagi tahu Fazli ke pasal ni.Mak cik tak berani nak buat keputusan sebab yang nak kahwinnya kamu berdua.Bukan mak cik nak".
"Sebenarnya saya tak ada cakap apa pun pada Fazli.Saya takut dia salah anggap dan menolak saya.Jadi saya beranikan diri untuk terus beritahu mak cik"."Macam nilah.Nanti mak cik bincang dengan Fazli.Nanti kalau dia setuju,Fazli bawaklah mak cik dan pakcik dan rombongan datang.Jangan risau,Makcik pasti,Fazli akan setuju.Mak cik kenal anak mak cik," kata-kata mak membuatkan aku terkejut.Mak seperti terlalu yakin akan keputusan yang masih belum ku buat.Memanglah sudah lama aku mengharapkan detik ini akan tiba,namun aku mesti mengetahui adakah Sofea benar-benar untukku.
Setelah Sofea pulang,terus mak bertanya perihal permintaan Sofea.Aku tidak menjawab ya atau tidak.Cuma aku minta tempoh seminggu untuk memberikan keputusan yang pasti.Malamnya,aku mendirikan solat sunat Istikharah.Aku meminta petunjuk dari maha pencipta serta seluruh alam.Yang mencipta rasa sayang serta cinta.Aku tumpukan segala perhatianku dalam solat.Aku mahu petunjuk sebenar agar aku tak salah dalam memilih pendamping masa depanku.Aku timbang semua kebaikan dan keburukan Sofea.Keberanian Sofea untuk bertemu dengan mak membuatkan aku kagum.Tak pernah sekalipun dia menyatakan perasaannya secara terus-terang.Tetapi sekali dia bertindak,terus bertemu dengan makku.Memang dia seorang perempuan yang berani.
Majlis perkahwinan kami diadakan dengan meriah.Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Jelapang Jaya kami jemput.Aku sempat bertemu dengan Ustazah Sabariah dan dia mengucapkan tahniah.Sempat juga dia berpesan agar pandai-pandailah aku menjaga kerukunan rumahtangga yang dibina.Hari-hari selepas perkahwinan kami diwarnai dengan cahaya kasih sayang.Ternyata memang Sofea menjadi kekasihku yang paling sempurna.Dia terlalu baik denganku.Walaupun dia sibuk bekerja dan keletihan,senyumannya tak pernah lekang dari mataku.
Sofea bekerja di Rumah Idaman Hati.Rumah Idaman Hati ialah sebuah tempat untuk pesakit yang mengalami masalah mental.Sofea bekerja sebagai doktor yang menguruskan pesakit-pesakit di situ.Itulah impian Sofea sejak awal aku kenali dirinya.Manakala aku pula bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat di ibu kota.Kini,dia telah berjaya mencapai impiannya dan aku juga sudah mencapai impianku untuk menikahinya..
!!AKAN BERSAMBUNG!!
No comments:
Post a Comment