Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Sofea part 5

Setahun telah berlalu,kini kami masing-masing bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.Dalam tempoh itu,aku banyak berubah dari segi sikap aku kerana Sofea mengajar aku supaya berdisiplin.Aku gembira dan bahagia dengan Sofea.Suatu hari,aku dipanggil oleh Ustazah Sabariah.Aku ditanya tentang Sofea.Lebih tepat lagi tentang keakraban aku dengan Sofea.Aku takut.Aku tidak biasa dengan ustazah Sabariah.Walaupun dia guru kaunseling dan intonasi yang baru,bicaranya denganku tidaklah setegas mana,tapi aku tidak nafikan ketakutan dan malu menyelubungiku.Takut kerana tidak pernah berjumpa dan berbicara dengan guru kaunseling ini.Malu kerana aku dipanggil atas sebab keakraban aku dengan Sofea.Ustazah Sabariah memberitahuku bahawa dalam kondisi aku sebagai pelajar,harusnya perhatianku mestilah 110% kepada pelajaran dan bukannya pada cinta.Ustazah Sabariah mengigatkan aku Sofea akan menghadapi SPM tidak lama lagi.Peperiksaan SPM akan mencorakkan masa depannya.Juga aku yang akan menghadapi SPM.Ustazah SAbariah tidak lupa mengigatkan aku tentang batas-batas pergaulan dalam islam.Mulanya aku terasa marah juga apabila Ustazah Sabariah memanggilku hanya kerana ingin mengigatkan aku tentang itu.Aku bukan perkara yang tidak senonoh dengan Sofea.Hanya sekadar selalu berjumpa dan berbicara soal kehidupan masing-masing.Aku sama sekali tidak pernah berterus-terang tentang perasaanku terhadapanya.Kami cuma akrab sekadar kawan walaupun hatiku terselimut sekelumit rasa sayang yang mula bertapak.Salahkah andai aku sayangkan dirinya.Seingatku,aku tidak pernah melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam islam.Sofea juga sama.Dia jelas-jelas menghormatiku.Tapi aku sedar,perbuatan ku menimbulkan fitnah.Aku dan Sofea yang menyebabkan fitnah itu.Banyak mata yang memandang perbuatan kami.Setelah aku muhasabah diri,barulah aku sedar sebenarnya ALLAH sayangkan aku.Lantas diilhamkanNYA ustazah Sabariah untuk menasihatiku.Terima Kasih Ustazah Sabariah kerana menasihatiku.

Sebenarnya Sofea juga dipanggil oleh Ustazah Suraya.Dia diingatkan tentang jawatannya sebagai penolong pengawas sekolah yang akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.Jika dia tidak tunjukkan disiplin serta perangai yang baik,maka tidak hairan jika pelajar lain juga akan turut sama melakukan kesalahan yang sama.Setelah kejadian itu,aku semakin menyibukkan diriku dengan buku-buku bagi menghadapi peperiksaan SPM.Juga aku berpesan kepada Sofea yang aku hanya akan berbicara dengannya apabila ada perkara penting sahaja.Sofea juga kuingatkan agar memberi perhatian kepada pelajaran.Biarlah kami sama-sama mengejar cita-cita dahulu sebelum cinta.Masih segar dalam ingatanku kata-kata ustazah Sabariah yang aku rasakan amat dalam maksudnya.

"Andai benar Sofea diciptakan untuk awak,dia pasti tidak akan kemana.Percayalah,takdir awak telah ditulis olehNYA dan apabila tiba masanya awak akan bersatu dengan Sofea,pasti awak akan bersatu juga seperti Nabi Adam dan Hawa,Nabi Yusuf dan Zulaikha dan sepertimana Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.Hanya takdir dan masa yang akan menentukan segalanya.Sabarlah.Buat masa ini ustazah hendak awak belajar.Bukan masanya lagi awak fikirkan soal itu.Jika awak gagal dalam pertarungan untuk mencari ilmu,pastinya awak akan kecewakan hati orang-orang yang sayangkan awak khususnya keluarga awak yang dah habiskan beberapa banyak wang untuk sekolahkan awak.Awak juga akan menyesal kerana masa serta umur awak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.Awak pelajar bijak.Sekarang ustazah berpesan dengan kebenaran dan kesabaran agar awak dapat fikirkan dengan sebaiknya tentang kepentingan masa dan alangkah ruginya andai masa awak di habiskan dengan perkara yang sia-sia.Tidak salah awak hendak sayangkan seseorang,tetapi jangan lah kerana itu,awak melakukan perkara yang merugikan."

"pada ketika awak serahkan cinta,cinta yang agung hanyalah cinta kepada pencipta,iaitu cinta yang pasti dan abadi.Tetapi sebagai manusia biasa yang dianugerahkan perasaan dan naluri,ustazah tahu,kita tetap akan mengharap kasih dan cinta sesama hambaNYA".Ustazah mengusap-usap belakangku.Aku terasa roh persaudaraan lahir dalam sentuhan itu.Terasa air mataku panas mengalir di pipi.Memang tidak dapat dinafikan kata-kata ustazah.Biar masa dan takdir yang menentukannya.Biar bagaimana aku sayangkan Sofea,andai bukan takdirku denganya,aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Setelah kami saling tidak bertegur-sapa,barulah aku sedar aku memang menyayangi Sofea.Ternyata sukar untuk aku menumpukan perhatian kepada pelajaranku sepenuhnya.Aku sering terfikirkan Sofea.Tapi,aku cepat-cepat hapuskan ingatan itu.Aku mahu sukses dalam pelajaranku.Aku tidak mahu kerana cinta,aku terkandas dalam pelajaran.Tidak sanggup rasanya aku menatap wajah ibu dan ayah andainya perkara itu berlaku.Aku sayangkan Sofea tapi aku juga sayangkan ibu dan ayah yang menjaga aku sejak kecil.Biarlah cintaku juga berjaya apabila cita-citaku telah tercapai.Hidup dalam abad ini perlukan wang.Bukan aku mata duitan tapi aku juga tidak mahu masa depanku kelam dan susah kerana kegagalanku dalam pelajaran hari ini.

Beberapa bulan aku tidak bertemu dengan Sofea secara enpat mata.Kami bertemu kembali setelah kami masing-masing telah selesai menjalani peperiksaan SPM.Itupun aku berjumpa bersama dengan ibu yang menemani aku.Semoga kami di jauhkan dari api fitnah yang sentiasa akan membakar andai ada bibir yang membawa cerita.Semoga dengan kehadiran ibu,aku serta Sofea dapat menjaga percakapanku.

Keputusan Sofea ternyata cemerlang.Dia memang pelajar yang pintar.Semasa aku melanjutkan di sebuah universiti tempatan,Sofea telah pun tiada.Dia akan melanjutkan pelajaran di Universiti Selatan.Manakala aku pula di Utara.Hubungan aku dengan Sofea tetap seperti dulu.Tidak pula lahir sengketa antara kami.Aku masih lagi memendam perasaan ku.Biarlah aku tunggu waktu yang tepat untuk kuluahkan segalanya.Sofea juga tidak pernah menyatakan perasaan sebenar kepadaku.Cuma kadangkala dia terlepas cakap namun cepat dia mengalih topik dengan gurauannya.Itulah perangainya yang menambat hatiku.


!AKAN BERSAMBUNG!

No comments:

Post a Comment