Rakan-rakan ku menjerit ketakutan kerana bimbang dengan keadaan aku.Aku tidak sedarkan diri hanya terdengar suara rakan ku meminta pertolongan daripada anggota polis.Akhirnya pendengaran aku pun sunyi sepi daripada kekecohan yang berlaku.
Aku membuka mata dengan perlahan-lahan tetapi pengelihatan aku samar-samar dan apa yang aku nampak dari persekitaran aku adalah keputihan sahaja.Pengelihatan aku semakin jelas dan aku terdengar orang memanggil nama aku."Fazli..Fazli bangun..syukur Fazli sudah sedarkan diri".Aku memandang ke arah sekeliling aku dan aku telihat Sofea,Ibubapa Sofea,rakan-rakan aku,anggota polis dan Ibubapa aku.Aku tersenyum dengan kehadiran mereka semua."Fazli..pakcik mintak maaf kerana menuduh dan memukul fazli tanpa menunggu bukti dulu..maafkan pakcik yea nak" kata Ayah Sofea kepada aku dan memberikan kepada aku sebungkus balutan hadiah."Tidak mengapalah pakcik,benda yang lepas tu biarkan la..benda da terjadi pakcik..saya maafkan pakcik dan tidak menyimpan sebarang dendam" sambung aku.Sofea hanya tersenyum sipu mendengar perbualan aku."Fazli..kamu di bebaskan dan kami telah menangkap 3 orang suspek utama dalam kes ini" kata pegawai polis itu."Syukur alhamdulillah kepada Allah aku di bebaskan" bisik hati aku.Mak aku memeluk aku erat bersama ayah aku "Fazli..syukur..syukur pada Allah..Kamu membanggakan emak dan ayah fazli" kata emak kepada ku.
Seminggu aku ponteng sekolah,doktor suruh aku banyak berehat kerana aku mengalami hentakkan di kepala yang kuat beberapa kali.Dalam tempoh seminggu aku lepak di rumah.Ya Allah,bosan yang teramat sangat duduk di rumah hanya tuhan je yang tahu.Pada pagi hari isnin bermula la sesi persekolahan aku setelah bercuti panjang daripada sakit.Seperti biasa aku masuk ke sekolah lambat la memang tak berubah dari dulu,aku kan budak nakal selalu buat hal kat sekolah.Tiba-tiba aku terkejut melihat Sofea yang menjaga pintu pagar sekolah.Sofea tersenyum lebar melihat aku,"Assalamualaikum encik fazli,lambat datang sekolah ye..saya ingat awak sudah berubah" kata Sofea."Waalaikumusalam,hahahaha..jangan la marah cik Sofia,saya tak sedar jam loceng berbunyi tadi..maklum la cuti panjang" kata aku dengan bersahaja.Sofea hanya menggelengkan kepala dia dan tersenyum kepada aku."Haaa..cepat la masuk hero ku" puji Sofea.Bergetar kencang jantung aku mendengar puji Sofea.Memang Sofea cantik gadisnya kerana mak Sofea adalah orang korea yang memasuki Islam.Kacukan lah katakan,muka pun sudah macam orang korea tetapi sikapnya yang tegas buat aku meluat dengannya.Aku malu sangat waktu itu sebab aku sebelum ni mana penah bercakap mesra dengan Sofea.Selalu kami hanya bergaduh di sebabkan hal-hal aku yang aku lakukan di sekolah.Nama aku popular di kalangan pelajar dan guru-guru di sekolah aku kerana sikap ku yang nakal.
Rrrriiiiingg!! Bunyi loceng waktu rehat telah di bunyikan.Aku pelajar yang pertama yang melarikan diri dari kelas kerana memang setiap waktu aku berkelakuan sebegitu.Keluar sahaja pintu kelas aku terlanggar Sofea."Ehh..Sofea..ermm..saya mintak maaf banyak-banyak.saya tidak sengaja melanggar awak.mintak maaf ye" sambil aku menarik Sofea untuk berdiri kembali."Haaa..tak apa fazli..saya tidak apa-apa..Alhamdulillah awak sudah pandai meminta maaf fazli,agaknya awak sudah berubah kot" perli Sofea kepada aku.Aku hanya menggarukan kepala aku dan tersenyum."Memang hajat saya nak jumpa awak fazli,sudikah awak teman saya makan bersama saya fazli" kata sofea dengan penuh kelembutan."aaarrrr..booo...leeehh" tergagap aku mendengar ajakan Sofea.Tuhan saja yang tahu betapa lemah lembutnya Sofea bercakap dengan aku.Nampaknya Sofea mudah mesra dan lemah lembut jika aku mendengar kata-kata dia.Sampai di kantin aku mula menjamah makanan kerana aku lapar sangat masa itu.Sofea hanya tersenyum melihat gelagat aku."terima kasih ye fazli"."Terima kasih sbb pe Sofea?!"."Sebab fazli telah selamatkan Sofea daripada kejadian yang tidak di ingini".Aku menjawab dengan penuh gaya."Laa..biasa la tu Sofea..memang menjadi tanggungjawab saya bila berhadapan dengan situasi macam tu".Sofea tersenyum manis,cantiknya senyuman Sofea.Tidak pernah aku melihat sebegini ceria.Aku bertanya soalan kepada Sofea kerana aku malu-malu supaya dapat menutup malu aku dengan pujian Sofia."Apa maksud nama SOFEA,nama macam orang putih la?!".
"Ok,dengar nie.Sabda Rasullullah SAW : "di antara kewajipan ayah kepada anaknya ialah mendidiknya baik-baik dan memberikan nama yang baik." Berdasarkam hadis ini jelas lah bahawa kita sebagai umat nabi muhammad harus la memilih nama yang baik kepada anak dan mendidik ajaran Isalam sebaik mungkin.Betul tak?!"
"Betul sangat la tu..nie mesti Sofea sudah cari semua kitab di rumah kan?"
"Hahahaha" berderai ketawanya memecah kuping telingaku."Itu sudah tahap menghina Sofea.Sofea memang tahu la hadis tu kerana ayah kerap bercakap tentang agama".
"Ok Sofea..kalau macam tu kenapa di beri nama Sofea?" aku mencabar Sofea untuk menjawab pertanyaan aku."Nak tahu sebabnya ke? Sebabnya hendak menjadi kekasih yang sempurna untuk Fazli,Fazli nak ke?!".Sofea memang pandai bermain dengan kata-kata sampaikan aku sendiri terjerat di dalam pertanyaan aku sendiri.Memang aku tidak biasa dengan kata-kata seperti itu sebab memang sebelum ni aku tidak penah bercinta."Fazli marah ke apa yang Sofea cakapkan td"."Ehh..tak la Sofea"."Then Fazli setuju la?!"."Hahhh..setuju apa Sofea?!"."Setuju menjadi kekasih Sofea la Fazli!!"sambil dia tersenyum lebar ke arah aku.Aduh hati,kenapa engkau berdegup kencang ni!!.Mungkin Sofea hanya ingin mempermainkan diri aku sebab aku banyak sakitkan hati dia.Ingat aku datang ke sekolah hendak belajar,bukan hendak bercinta fazli!!
!AKAN BERSAMBUNG!
No comments:
Post a Comment