aku pun lantas memegang tubuh sofea yang longlai.Tubuh Sofea sangat lemah dan tidak bermaya mungkin kerana darah yang banyak memercik ke arah dia.Orang ramai mulai datang dan memberi bantuan kepada kami.Tidak lama kemudian anggota polis datang ke arah kami dan mengambil laporan tentang kejadian tadi.Aku dan rakan ku tampil memberi keterangan kepada pihak polis.Kami semua di bawa ke balai bersama-sama beberapa orang awam yang meyaksikan kejadian itu.Tetapi Sofea dan Ayu terlebih dahulu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.Keterangan di ambil oleh pihak polis dan menyoal siasat aku dahulu kerana aku yang membawa pisau di tempat kejadian.Pada mulanya aku dipaksa mengaku yang aku bersalah oleh beberapa anggota polis kerana pihak polis mempunyai bukti aku yang memeggang pisau tersebut.Setiap kali aku menceritakan kisah yang benar,aku di tumbuk oleh anggota polis terbabait kerana mereka menggangap aku membuat cerita palsu."Adooi,tolong tuan.Bukan saya yang mengapa-apakan Sofea,Sumpah bukan saya.Tuan boleh tanya kawan-kawan saya" pujuk rayu oleh aku."Hahaha,tak payah nak tipu aku lah budak kecik.Bukti sudah ada yang kamu memeggang pisau itu.Lagi pun mangsa tidak sedarkan diri.Kawan-kawan kamu?! Lagi la tak boleh harap,pasti korang semua telah bersepakat terlebih dahulu!! Aku bukan la bodoh dalam menjalankan tugas!! Macam-macam kes sudah aku selesaikan" teriak anggota polis itu ke telinga aku.Aku hanya mendiamkan diri sambil terdengar anggota polis itu gelak kepada aku.
Aku hanya meminta pertolongan yang maha esa Allah S.W.T supaya memberi perlindungan kepada aku dan tunjukkan kebenaran kepada pihak polis.Akhirnya aku di bawa ke lokap bersama-sama rakan-rakan aku kerana di tuduh mencabul kehormatan seorang gadis dan membawa senjata.Rakan-rakan ku menagis teresak-esak mengenangkan nasib mereka semua.Jauh di sudut hati aku berkata " Ya Allah,berikan la kesedaran kepada Sofea dan Ayu supaya mereka boleh tampil dan memberikan bukti kepada pihak polis" sambil aku menagis-nagis dengan sayu.Setengah jam kemudian seorang anggota polis membuka pagar lokap kami dan menarik aku kerana ada orang hendak berjumpa dengan aku.Aku gembira kerana Ayah dan Ibu aku datang jua untuk berjumpa dan membebaskan aku.DUUUIISSHH!! Aku di tumbuk tepat ke arah muka aku.Aku rebah dan tidak bermaya kerana tumbukan itu terlalu kuat bagi aku.Aku hanya mampu menoleh ke arah orang yang memberi tumbukkan kepada aku sambil menahan kesakitan.Alangkah terkejutnya aku melihat Bapa Sofea yang menumbuk aku."Hoooii budak!! besar sangat ke kau sampaikan anak aku pun kau hendak rogol dan mencederakan?!!! tengking bapa Sofea kepada aku sambil di halang oleh Ibu Sofea.Anggota polis di sekeliling aku hanya tersenyum melihat aku di pukul oleh bapa Sofea.Sekali lagi aku menerima dugaan yang perit."Ya allah,apakah ujian ini engkau berikan kepada aku? Tidak sanggup aku melalui semua ini Ya Allah,ampuni segala dosa-dosa ku Ya Allah".
Aku di heret kembali ke lokap bersama teman ku.Teman-teman aku bertanya siapakah yang berjumpa dengan aku tadi.Aku hanya mendiamkan diri,kerana terlalu sakit hati untuk aku luahkan kepada teman aku.Teman-teman aku bergaduh antara sesama sendiri kerana masing-masing menyalahkan diri masing-masing termasuk aku di persalahkan.Ada antara mereka bertumbukkan antara sendiri kerana tidak tahan kemarahan mereka.Tiba-tiba pintu lokap di hayun dengan besi oleh salah sorang anggota polis terbabit."GGAAANNGG!!" terkejut kami mendengar bunyi tersebut.Keadaan di lokap menjadi tenteram sebentar."Boleh ke kamu semua senyap?! Atau kamu semua hendak aku sumbatkan kasut aku ke dalam mulut kamu semua?!" marah anggota polis itu kepada kami.
Kepala aku semakin kusut dengan keadaan yang menimpa diri aku.Hanya yang bermain dalam akal fikiran aku adalah Sofea!!.Aku berharap dia akan muncul di balai polis dan memberi keterangan kepada pihak polis.Setiap saat aku berada di dalam lokap,aku menitiskan air mata kerana tidak pernah aku lalui semua ini.Aku terbayangkan bagaimana keadaan masa depan aku nanti?!.Keluar dari penjara sebagai sampah masyarakat di sebabkan orang lain.Bermacam-macam yang bermain di dalam fikiran aku.Aku bagaikan hampir hilang akal kerana meracau-racau berseorangan di dalam lokap tersebut.Teman-teman ku semua menggagap aku telah hilang akal fikiran.Mereka semua memeluk erat tubuh aku dan mengatakan,"Sabar fazli!! sabar!! semua ini dugaan!! mengucap dan berdoa kepada Allah".Aku hanya ketawa terbahak-bahak mendengar bisikan sahabat aku itu.Aku bagaikan di rasuk oleh syaitan-syaitan yang berada de sekeliling aku.Bayangan aku hampir kabur,tidak dapat melihat persekitaran dengan jelas dan akhirnya aku rebah di dada teman aku!!.
!AKAN BERSAMBUNG!
No comments:
Post a Comment