Powered By Blogger

Tuesday, July 12, 2011

Kekuatan pasti muncul (Umar al-Khattab)


mengapa selalu manusia leka dgn kesalahan sendiri ?
kenapa manusia sering memfitnah antara 1 sama lain ?
adakah ini tanda2 akhir zaman ?
yaa . .

pernah ak t'baca 1 buku novel b'tajuk KHALIFAH YANG BENAR !
dan ak membaca kisah Umar al-Khattab . .
"adakah engkau sudah menjadi pengikut Muhammad? " tanya Mulaikah sambil mencekak pinggang.Ternyata dia tidak senang hati apabila mendapat tahu suaminya bertemu dengan Muhammad.
"Aku yakin tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah.Dan aku juga yakin Muhammad itu pesuruh Allah," jawab Umar al-Khattab.
"Hanya mereka yang miskin,lemah da bodoh sahaja yang menjadi pengikut Muhammad! " tengking Mulaikah.
"mengapa engkau berkata begitu?" Umar al-khattab tidak senang hati dengan kata-kata isterinya itu.
"Tidakkah engkau sedar wahai suamiku,bahawa hanya mereka yang miskin dan lemah seperti Bilal bin Rabah sahaja yang menjadi pengikut Muhammad.Sedangkan pembesar Quraisy dan mereka yang kaya seperti Abu Sufian,Abdul Uzza,Abdul Hakam dan ramai lagi menolak ajaran Muhammad.Jangan letakkan dirimu di tempat yang hina wahai suamiku," jawab Mulaikah.
"Ternyata sifat sombong engkau sudah menutup pintu kebenaran.Tidakah engkau tahu wahai isteriku bahawa Abu Bakar,Osaman Affan,Hamzah Abdul Mutalib dan ramai lagi saudagar kaya sudah memeluk islam.Apakah mereka itu juga bodoh dan lemah?"
"Mereka sudah terkena dengan sihir Muhammad.Aku tidak mahu suami ku juga di sihir oleh Muhammad!"
"Muhammad itu bukan tukang sihir.Dia seorang nabi dan rasul.Dia diutus untuk membawa kebenaran."
"Bukankah selama ini engkau antara orang Quraisy yang paling kuat menentang Muhammad? Tetapt mengapa malam ini engkau boleh berubah dalam sekelip mata?"
"Allah sudah memberi kepadaku hidayah.Dan aku berdoa semoga engkau juga mendapat hidayah."
"Aku tidak mahu menjadi pengikut Muhammad!!" jerit Mulaikah.
"Aku tetap menjadi pengikut Muhammad dan kita tidak perlu bercerai," herdik Umar al-Khattab pula.
"Kita sudah tidak ada persefahaman lagi,lebih baik kita bercerai." kata Mulaikah pula.
"Kamu pilih antara dua.Muhammad ataupun aku!"
"Aku lebih sayangkan Muhammad daripada engkau," tegas Umar al-Khattan.
"sekiranya begitu,ceraikan aku!!" pinta Mulaikah.
Akhirnya Umar al-Khattab akur dengan permintaan isterinya setelah Umar cuba memujuknya untuk memeluk agama islam.
Umar al-Khattab sanggup tinggalkan segalanya demi agama Islam yang telah di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . .

pengajaran yg ak dpt dlm kisah Umar al-khattab ini adalah . .
jgn menagis dengan benda tidak pasti . .
tp menagis lah di jalan Allah . .
kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita . .
dan Allah sentiasa berada dengan kita . .



No comments:

Post a Comment